Sulit
3 tahun
Rasa nak pitam,rasa nak muntah,rasa mengigil (mengigil dari bawah naik ke kepala.sampai ke kepala telinga berdesing) dan tak sedap perut
saya lelaki berumur 33 tahun. saya terasa symptom ini selepas rehat berkayuh basikal selama sejam. Average heart rate saya 156bpm dan max heart rate 182bpm semasa berbasikal. 45 minit sebelum berkayuh saya makan malam dan 30 minit sebelum berkayuh saya ambil protein + beta alanine. Sebelum itu, saya berehat selama 2 hari sebelum start berkayuh.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu berasa hendak pitam dan muntah serta menggigil dari bawah hingga ke kepala. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan kurang jelas bagi memberikan jawapan yang dikehendaki.Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan seperti umur anda dan aktiviti harian anda. Namun, secara am anda perlu berehat dari melakukan apa apa aktiviti yang memerlukan banyak tenaga jika anda berasa simptom simptom ini lagi selepas berbasikal.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link(DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.