Sulit
3 tahun
Rasa nk kencing tpi yg keluar sperm
Hi Doc, sya ada soalan. Soalan nye, terasa nk kencing, but instead of air kencing, yang keluar adalah sperma. Tak sakit or felt anything weird, just terasa sangat risau dgn condition ni. Pertama kali berlaku. Harap dapat penjelasan doc. Thank you.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan:
Kesan jangkitan pada buah zakar atau kalenjar prostat
Sisa sperma yang terkeluar bersama air kencing
Nanah dari jangkitan saluran kencing atau saluran sperma - hal ini boleh dikelirukaan dengan air mani
Kencing bercampur nanah/lendir dari keradangan saluran kencing
Jangkitan kelamin seperti gonorea/klamidia jika pernah melakukan hubungan seksual
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.