
ijamhondars150
5 tahun
Rasa pedih di urat2 kaki
Saya berumur 43tahun seorang lelaki dan kaki saya kerap sangat sakit2 dan pedih di urat2 kaki… Kadang2 terasa lenguh dikaki… Thanks.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan lagi bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Antara data lanjut yang diperlukan adalah:
- Sebaiknya anda menjelaskan lagi kaki sebelah mana yang terkena, kiri kanan tumit atau lutut?
- Bila sahaja kaki anda berasa sakit? Apakah setelah berjalan atau setelah bermain bola atau bersukan?
- Apakah ada terdapat riwayat-riwayat kecederaan seperti dislocate atau kemalangan terkena kaki?
- Apakah riwayat penyakit anda? Apakah anda mempunyai gout?
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih
Photo by Sebastian Unrau