
Sulit
4 tahun
Rasa penat walaupun jantung berdegup normal. adakah ini simptom covid 19
saya perempuan berumur 16 tahun dan saya rasa penat rasa tak cukup nafas tapi jantung saya berdegup normal saja iaitu 75 dalam satu minit. saya mula rasa penat macam ni start dari hari selasa, saya tidur meniarap semasa petang itu dan bila saya bangun pada pukul 7, saya rasa penat, brterusan smpai malam itu. esok pagi itu saya tidak rasa penat tapi lepas saya brmain dengan kucing saya saya rasa penat balik dan sampai harini rasa penat tu datang tiba tiba dan akan hilang tiba tiba. kenapa ya doktor ? adakah ini symptoms covid 19 ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Untuk makluman anda, keletihan yang anda alami boleh menjadi normal atau sebaliknya. Simptom-simptom COVID-19 adalah seperti:
- Lemah badan (fatigue)
- Sakit tekak
- Batuk
- Sakit kepala
- Sesak nafas
- Demam
Namun begitu, gejala lemah badan atau (fatigue) yang anda alami juga boleh disebabkan oleh masalah lain seperti:
- Jangkitan bakteria atau virus lain
- Cuaca panas
- Kurang rehat
- Stress
- Kurang tidur
Sebelum mendapatkan ujian saringan, anda digalakkan untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini