Sulit
5 tahun
Rasa pening dan kadang sakit kepala
saya seorang lelaki… dalam sminggu ni saya kerap rasa pening dan kadang rasa sakit jepala… dan yg rasa peliknya i2- hari ni ia kerap berlaku ketuka waktu siang… asal waktu siang jer d saya rasa pebing… dan ia kadang rasa sakit … tp pda waktu malam saya tak rasa apaa²…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit kepala merupakan gejala yang sangat lazim berlaku dan kebiasaannya ia tidak merujuk kepada masalah yang serius.
Sekiranya masalah ini diiringi dengan gejala seperti di bawah, disarankan untuk anda berjumpa dengan doktor. Antaranya:
Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
Pandangan kabur
Pitam
Sawan
Muntah pada waktu pagi
Hilang berat badan mendadak
Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda mengawasi gejala. Sekiranya ia berlanjutan atau semakin parah, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui punca serta mendapatkan rawatan yang sesuai.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.


































