
2hate96
5 tahun
Rasa penuh untuk buang air besar selalu
Sye lelaki umur 20+, sebelum ni sye berak x lawas. Jadi sye try la utk berak bagi habis but sekarang ni rase penuh nak berak je. Nk berhenti berak tu susah. Dah nk dekat seminggu dah. And setiap kali jalan or baring mesti terasa jadi kene kemut selalu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, terdapat kemungkinan rasa ingin buang air besar yang anda alami adalah kesan daripada masalah sembelit yang anda alami sebelum ini. Rektum anda telah biasa dengan sensasi penuh sebelum ini dan mungkin akan mengambil sedikit masa untuk pulih kepada normal.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.