
Sulit
4 tahun
Rasa perit dan tidak selesa dibahagian dalam lelangit
Saya berumur 22 tahun, dan sejak 7 hari yang lepas saya mengalami rasa tidak selesa atau perit di dalam lelangit/ rapat dihujung hidung dan bukan di tekak. Saya rasa seperti ada lendiran atau sesuatu disitu. Tetapi saya juga tidak dapat menghembus keluar jika ia merupakan lendiran. Saya juga tidak mengalami selsema, batuk ataupun demam. Bolehkah saya dapatkan pencerahan bagi masalah ini? saya dahului dengan ucapan terima kasih atas respon pihak tuan/puan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kaviti pada gigi (gigi berlubang)
- jangkitan pada mulut
- kecederaan pada lelangit
- gusi bengkak
Oleh yang demikian, kami memerlukan maklumat selanjutnya untuk menyelesaikan masalah anda. Oleh yang demikian, anda amat disarankan untuk merujuk persoalan ini kepada doktor kami. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.