
Sulit
3 tahun
Rasa sakit di bahagian lengan selapas vaksin
saya perempuan berumur 16 tahun, semalam saya sudah divaksin dos 1. selepas suntik dia rasa berdenyut sepanjang masa dan esok nya saya bangun ianya rasa sakit dan rasa tangan saya hanya boleh angkat bahagian sampai siku saja dan kalau saya nak baring pun susah sebab saya tidur secara mengiring kekanan dan bila mahu mengangkat dia terasa sangat sakit. apa yang boleh buat ya, doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, kesakitan dan bengkak di tempat suntikan vaksin lazimnya merupakan kesan sampingan yang ringan dari vaksinasi COVID-19. Kesan sampingan ini biasanya sangat minimum dan hanya berlangsung selama beberapa hari.
Walau bagaimanapun, gejala sakit lengan yang berterusan atau semakin parah boleh menandakan kesan sampingan yang lebih serius atau masalah kesihatan lain yang memerlukan pemerhatian doktor.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini