
Sulit
4 tahun
Rasa sakit kepala di bahagian bawah sebelah kiri
hi dr sejak akhir² ni sye kerap rasa sakit kepala di bahagian bawah sebelah kiri… kdg² dia berdenyut skejap tp rse mmg sakit bila berdenyut… ada masa time sakit tu penglihatan sye kabur sedikit dan amik masa seminit dua untk clear pandangan balik…
apa puncanya dr?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Tekanan darah tinggi
- Migrain
- Kecederaan pada kepala atau otak
- Peningkatan tekanan di dalam kepala (raised intracranial pressure)
- Strok
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana gejala yang dialami oleh anda memerlukan perhatian segera oleh doktor.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.