
Sulit
5 tahun
Rasa sakit ketika bersama
sy ingin melakukan ujian kencing untuk mengesan sekiranya saluran kencing sy dijangkiti kuman…bolehkah sy melakukan ujian air kencing dengan pihak doctoroncall?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Bagaimanapun, keterangan anda disini masih kurang lengkap. Sebaiknya anda menerangkan dan mengenal pasti gejala tambahan yang terkait seperti, hubungan seksual, frekuensi kencing, status hidrasi, kemerahan, gatal dan sebagainya. Untuk makluman anda, sakit saat berhubungan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat masakah kulit seperti ekzema, dermatitis seborrheic dan psoriasis
- Balanitis candidiasis keradangan kulit akibat jangkitan kulat
- Balanitis Circinate (seperti yang berlaku pada pesakit dengan penyakit Reiter )
Merujuk kepada pemeriksaan air kencing, anda boleh merujuk kepada doktor kami untuk ditentukan pemeriksaan terkait yang perlu anda lakukan dan agar dapat diberikan perawatan awal bagi kondisi anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.