
Sulit
4 tahun
Rasa sakit pada bahagian payudara
saya remaja berusia 19 tahun. fizikal saya,saya berbadan besar.oleh kerana saya tidak suka memakai baju dalam yang bersponge mengakibatkan berlakunya pengenduran pada kedua dua payudara saya sjak dari sekolàh meñengah.kekadang saya alami sakit pada bahagian payudara seperti berdenyut denyut.saya takut untuk membuat pemeriksaan di hospital atau klinik.adakah itu tanda kanser?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pembengkakan payudara akibat:
- Terlalu banyak susu ibu
- Saluran susu ibu yang tersumbat
- Jangkitan pada saluran payudara (mastitis)
- Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera
- Payudara juga menjadi lebih sensitif dan sakit apabila hampir datang haid atau pada peringkat awal kehamilan
- Mastalgia ( noncyclical )
- Costochondritis iaitu akibat keradangan tulang rusuk
- Mastitis iaitu keradangan payudara
- Inflammatory breast cancer
- Breast abscess iaitu pembentukan nanah dalam payudara
Kanser payudara selalunya akan berlaku simptom-simptom seperti permukaan payudara tertarik, keluar darah dari puting payudara, perubahan warna pada payudara dan benjolan. Denyut-denyut di payudara memerlukan pemeriksaan lebih teliti dan menyeluruh oleh doktor.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.