Anonymous
6 tahun
Rasa sakit pada breast
sy berumur 24 thn, dan belum berkahwin. adakah normal kalau dkt kawasan nipple keluar cecair warna putih macam susu? sebelum ni sy pernah ade benjolan tepi area nipple breast kiri, dan rasa sakit. tetapi benjolan tu hilang dan sy fikir mungkin hormon. smlm breast sy rasa sakit dan ada keluar cecair putih macam susu.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala susu keluar dari puting tanpa bersalin ini boleh disebabkan:
- Masalah hormon prolaktin - prolaktin tinggi
- Masalah tiroid - hipotiroid
- Kesan ubat seperti metoclopramide, domperidone
- Nanah dari jangkitan benjolan atau saluran susu
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































