
Anonymous
5 tahun
Rasa sakit perut sebelah kiri
Saya Chelsea, berumur 26 tahun. Saya mengalami sakit sakit perut sebelah kiri selama hampir 3 bulan bermula dari awal bulan mei dan saya juga telah membuat pemeriksaan di hospital sekali dan klinik swasta 2 kali. Doctor cakap, selepas di scan, semua bahagian rahim/buah pinggang/usus/ovari dalam keadaan kondisi yang baik.Selama saya mengalami sakit ini, saya juga mempunyai masalah sembelit.Banyak ubat yang telah diberi oleh Doctor juga masih susah untuk membuang air besar. Dan kitaran haid saya juga tidak normal.Jadi, apakah punca sakit saya Doc?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kurang pengambilan makanan berfiber seperti sayur dan buah menyebabkan sembeit
- diverticulitis (radang pada kantung usus)
- usus tersumbat
- jangkitan kuman dan bakteria
- masalah batu karang
- sakit otot
terdapat juga masalah sakit puan lain sepertii
- fibroid
- adenomyosis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.