
Sulit
5 tahun
Rasa sakit seperti senggugut
hi dr sye nk tnye… sye baru je hbis period 2 hari lepas… tapi knp ye bahagian bwah perut sye trase sakit seperti senggugut

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit seperti senggugut yang anda alami boleh disebabkan:
- Kesan perubahan hormon selepas haid
- Jangkitan pundi kencing
- Jangkitan dalam rahim
- Sembelit
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.