
Sulit
5 tahun
Rasa sangat sakit apabila menyentuh abdomen , perut bengkak , mual , sembelit , pening
Saya wanita 20an mengalami sakit perut bahagian kanan , tepi bahagian pinggang atas dan bawah , pada mula sakit ini datang on off , tetapi dah harini ini sakit berterusan , sehingga bergerak sedikit rasa pedih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut yang anda alami boleh disebabkan:
- Radang apendiks
- Masalah ovari seperti ovari terberlit, sista (cyst) dalam ovari
- Sembelit - akibat dehidrasi, kurang serat
- Masalah saluran buah pinggang seperti batu karang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.