
Sulit
5 tahun
Rasa Sedih Berpanjangan
Saya mula mengalami rasa sedih berpanjangan, putus asa dan juga kecewa. Saya juga mula hilang selera makan. Adakah ini petanda kemurungan? Apa yang perlu saya lakukan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Masalah kemurungan memerlukan diagnosis dari doktor pakar kerana terdapat beberapa kondisi yang hampir serupa seperti kemurungan. Sekiranya anda mempunyai gejala seperti tiada mood, tiada semangat terhadap semua perkara, kurang bertenaga, masalah tidur serta masalah makan dan berat, anda boleh menghubungi mana-mana doktor termasuk di talian kami untuk bercakap mengenainya. Anda tidak perlu risau akan privasi kerana ianya akan dijaga rapi antara anda dan doktor anda. Anda boleh klik di link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan salah satu doktor kami.