
Sulit
3 tahun
Rasa sesuatu dalam perut
saya merasa ada ketulan di perut sebelah tulang rusuk yg bergerak secara tiba-tiba.Apabila saya tekan ketulan tersebut, ia mula menghilang. Bila saya menekan perut untuk mencari sama ada masih ada atau tak, ianya tidak ada. adakah normal apa yg saya rasakan ini.

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Penghasilan absess pada ruangan usus
- Kanser usus
- Penyakit keradangan usus Chron’s
- Penghasilan sista dalam ruangan usus
- Diverticular disease : lebih kepada masalah sembelit.
- Ketumbuhan polip dalam usus ( Familial Adenomatous Polyposis ) yang berisiki tinggi untuk menghidap kanser usus.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.