
Sulit
4 tahun
Rasa sesuatu di tekak
Saya gadis berumur 19 tahun, tekak saya rasa kena renjatan elektrik bila saya dalam keadaan baring dan lapar. Adakah itu normal kepada semua manusia?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan dan punca sakit tekak anda. Untuk pengetahuan anda, masalah sakit tekak boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan kuman
- Radang tonsil
- Radang tekak
- Kecederaan pada tekak akibat batuk
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Sememangnya keadaan ini amat tidak menyelesakan, anda boleh melegakan sakit tekak dengan cara:
- Gargle dengan air garam suam
- Minum air suam
- Minum air lemon dan madu
- Menghisap lozenge
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.