
Sulit
3 tahun
Rasa tak selesa dikerongkong
Saya rasa macam ada makanan lekat di leher. Tak sakit bila menelan. Tak demam. Tak sesak nafas. Dah jumpa doktor dan diberi ubat antibiotik. Dah makan tapi masih rasa macam benda melekat lagi kat kerongkong. Apa masalhnya ya…?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Menurut kenyataan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah ketidakselesaan pada saluran kerongkong/tekak seperti ada sesuatu melekat pada bahagian tersebut. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Umumnya gejala ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor antaranya termasuk
- Radang saluran udara/tekak - akibat jerebu/asap rokok
- Tekak cedera ataupun luka
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Jangkitan kuman dalam saluran udara/tekak
- Radang tonsil
- Jangkitan dan batu tonsil
- Luka pada tekak - akibat asid refluks (gastrik) atau makanan
Oleh itu anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor