Sulit
4 tahun
Rasa tak selesa pada perut
hi dr… sye berusia 24 thun sudah berkahwin… pada bulan 10 sye tidak period… pada bulan 11 sye dtg 18/11-23/11… tetapi pada bulan 12 sekali lg sye period 3/12 sehingga kini… dan kerap sye terasa sakit pada bawah perut sebelah kiri… kadang² sye terasa seperti ada pergerakkan dalam perut…adakah sye perlu berjmpe dengan dr sakit puan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah radang usus
- hernia
- masalah cyst di dalam ovari
- masalah fibroid pada rahim
- endometriosis
Memandangkan haid anda sudah kembali, kami dapati tiada masalah pada kitaran haid anda. Namun, jika ketidakselesaan tersebut mengganggu anda, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.