Sulit
3 tahun
Rasa tekak seperti tersumbat
Saya wanita berumur 30 tahun mengalami tekak rasa seperti tersumbat tapi tekak tidak sakit.dan rasa seperti tersumbat itu cuma datang sekali sekala. Apa masalahnya ya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah/gejala yang anda hadapi iaitu rasa tekak seperti tersumbat ataupun tidak selesa pada tekak. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Radang tonsil ( tonsilitis )
- Karang tonsil
- Radang tekak ( laryngitis atau pharyngitis )
- Masalah struktur esofagus
- Refluks asid atau GERD
Untuk mengetahui penyebab sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika anda mendapati masalah ini semakin berlarutan dan mengganggu aktiviti anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini.
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.