
Sulit
4 tahun
Rasa tekak tidak selesa dan tersekat
Baru baru ni tekak SY tidak selesa rasa macam tersekat dengan kahak menyebabkan SY sukar untuk tidur dan tidak selesa sepanjang hari.Doktor perlu ke sy pergi ke klinik untuk rawatan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami sakit tekak, seperti:
- Radang tonsil (tonsilitis)
- Radang tekak (laryngopharyngitis)
- Karang atau batu di dalam tonsil
- Radang kelenjar air liur
- Jangkitan telinga
- Obstructive sleep apnea
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda.Disebabkan anda pernah mengalami gejala seperti gangguan tidur, kami sarankan anda untuk ke klinik atau hospital berhampiran untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana kami bimbang ia berpunca dari masalah yang lebih serius.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.