
Sulit
3 tahun
Rasa tercekik & kadang² susah bernafas
Saya baru habis kuarantin +ve covid19 di rumah. Hari ini adalah hari yg ke 15. Masalah sekarang ialah saya rasa tercekik seolah² ada benda tersangkut di tekak & kadang terasa susah untuk bernafas. Sepanjang tempoh kuarantin saya hanya mengalami batuk yg biasa² sahaja. Tetapi 3 hari lepas saya mengalami batuk yang kerap dan tekak saya kembali sakit. Selsema, deria rasa & bau juga on off. Kadang ok & kadang tak ok. Pada hal semasa tempoh kuarantin selsema, deria rasa & bau saya telah pulih/baik. Adakah ini normal bg bekas pesakit covid19? Perlukah saya pergi ke klinik atau hospital untuk membuat pemeriksaan?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
1.Tonsilitis
2. Goiter
3.Pembesaran kelenjar liur
4. Lymphadenopaty
5. Infeksi di tekak yang menyebabkan tekak menjadi bengkak
Untuk masalah deria rasa dan bau anda, kebiasaanya selepas tamat tempoh kuarantin, kadar keboleh jangkitan virus akan menjadi rendah. Namun, memandangkan anda masih bergejala, sebaiknya ujian pcr Covid diambil untuk mengetahui tahap virus dalam badan. CT value boleh digunakan sebagai anggaran jika anda masih boleh menyebarkan virus.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.