
Sulit
3 tahun
Rasa tersekat benda di tekak
Saya rasa macam ada tersekat benda dekat tekak dan kerap sedawa serta ada cirit birit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkaitan dengan gejala yang anda hadapi iaitu rasa bengkak pada leher, kerap sedawa serta cirit birit. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, rasa tersekat benda dekat tekak merupakan gejala yang umum boleh disebabkan oleh pembesaran kelenjar tiroid, kelenjar getah bening leher, kelenjar air liur, tonsils, penyakit pita suara dan penyakit kulit.
Anda juga mengalami masalah kerap sendawa dan cirit birit. Ini boleh berkaitan dengan masalah pada sistem pencernaan anda. Untuk mengetauhi punca penyebabnya, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut.
Oleh itu, sila rujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut.
Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.