
Karina
6 tahun
Rasa tidak selesa apabila menelan air liur atau air selepas pulih dari sakit tekak
Hi Doctor. Saya nak tanya bulan lepas saya demam, then sakit tekak. Doctor check merah dan ada luka. Demam saya nak elok ambil masa 1 minggu lebih. Dan tekak saya pun agak lama nak elok. Sekarang saya dah sihat. Cuma tekak saya ni rasa tak selesa bila telan air liur. Bila makan saya rasa ok pulak. saya rasa pelik. Sekarang bila siang ( Puasa ). saya telan air liur rasa macam perit2 sikit. Bila lepas buka puasa takda rasa sangat. kenapa ya macam itu? Boleh minta pandangan doctor tak?

6 tahun
Hai dan selamat petang. Terima kasih kerana mengajukan soalan anda kepada kami.
Daripada deskripsi anda, anda berkemungkinan menghidapi keadaan yang dinamakan tonsillitis. Tonsil adalah tisu adenoid yang mengandungi 2 bahagian pada bahagian belakang leher anda. Tonsilitis yang disebabkan oleh jangkitan bakteria strep dirawat dengan antibiotik kebiasaannya dapat menyembuhkan jangkitan dalam masa yang singkat. Tetapi tonsillitis juga boleh disebabkan jangkitan virus yang menyebabkan jangkitan tersebut lebih sukar untuk dirawat. Kebiasaannya jangkitan virus yang menyebabkan tonsilitis akan mengambil masa yang agak lama untuk dirawat dan pulih.
Antibiotik tidak dapat membantu dalam jangkitan virus. Jangkitan virus tonsil oleh itu dirawat hanya dengan menggunakan rawatan yang konservatif iaitu dengan memastikan pesakit mendapat rehat yang mencukupi, minum air dengan banyak dan mengawal suhu badan jika demam. Jika anda sudah dirawat dengan ubat antibiotik, anda perlu menghabiskan ubat tersebut mengikut arahan doktor. Jangkitan bakteria tonsil boleh dirawat secara berkesan dengan antibiotik. Seorang doktor akan menetapkan ubat yang sesuai.
Ubat tahan sakit yang ringan seperti paracetamol mungkin berguna untuk meringankan kesakitan tonsilitis. Seperti mana-mana antibiotik, apabila rawatan bermula, adalah penting untuk mengambil ubat yang ditetapkan sepenuhnya. Menghentikan antibiotik sebelum waktu yang sepatutnya walaupun pesakit merasa lebih baik, dapat menyebabkan pertumbuhan bakteria secara kekal.

6 tahun
Salam sejahtera saudara,
Sakit tekak merupakan salah satu kondisi yang paling biasa di dalam kalangan orang muda. Sakit tekak biasanya disebabkan oleh jangkitan di bahagian tekak. Sakit tekak akan menyebabkan rasa sakit semasa menelan dan tonsil bengkak. Jangkitan virus merupakan jangkitan yang paling biasa manakala jangkitan bakteria adalah lebih jarang berbanding dengan jangkitan virus tetapi ia menyebabkan tanda-tanda yang lebih tenat. Sakit tekak juga boleh disebabkan oleh batuk yang berpanjangan, tekak yang terlalu kering atau penggunaan suara kuat untuk jangka masa yang panjang. Sakit tekak yang disebabkan oleh jangkitan virus biasanya datang dengan tanda lain seperti batuk dan selesema. Sakit tekak yang berpunca dari jangkitan bakteria pula sering menyebabkan demam dan sakit tekak yang serius.
Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor jika kondisi anda masih tidak berubah. Biasanya sakit tekak tidak memerlukan sebarang ubatan khas atau antibiotik kecuali jika anda telah disahkan menghidap jangkitan bakteria. Terdapat pelbagai ubat lozenge seperti Difflam, Strepsils atau Mac yang boleh melegakan sakit tekak.