
danesialajiun127
5 tahun
Rasa tidak selesa dikedua bela ovari sejak beberapa hari lepas
Sya, dee, berumur 41thn, apa yg saya alami sejak beberapa hari lepas bahagian ovari saya tidak begitu selesa, adakah saya kekurangan air? Sebab bibir saya mengelupas. Saya perasaan selepas saya mengambil suplimen untuk wanita. Terima kasih, tolong beri saya nasihat tentang masalah saya…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, anda dinasihatkan untuk berhenti mengambil apa jua produk yang tidak berdaftar dengan KKM. Bibir menggelupas boleh disebabkan oleh banyak punca. Antaranya adalah:
- Kurang minum air
- Jangkitan kuman
- Kurang zat dan sebagainya
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut boleh disebabkan:
- Radang apendiks
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
- Bagi wanita - kehamilan ektopik/Penyakit radang pelvis/ovulasi
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma)untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.