
Sulit
3 tahun
Rawatan gigi selepas vaksinasi
Adik saya baru selesai mendapatkan dos vaksinasi ke-2 pada hari Selasa lepas. Bolehkah untuk dia dapatkan rawatan gigi iaitu ‘scaling’ pada hari Jumaat? Adakah rawatan kebersihan gigi berkait rapat dengan vaksinasi? Terima kasih.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda ingin mengetahui jika rawatan gigi boleh dilakukan selepas vaksinasi COVID-19. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, vaksin COVID-19 adalah bersih, selamat dan berkesan dalam menangani wabak Corona Virus. Oleh yang demikian, tiada lagi laporan mengenai komplikasi vaksin COVID-19 akibat daripada rawatan gigi seperti prosedur scaling. Jadi ia adalah selamat bagi anda untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
Risiko untuk penyebaran COVID-19 berlaku di klinik juga agak rendah memandangkan semua staf barisan hadapan sudah mendapatkan vaksin serta menggunakan PPE lengkap dalam merawat pesakit. Namun begitu, jika anda mempunyai gejala jangkitan COVID-19 seperti demam, anda mungkin tidak dibenarkan masuk pada waktu temujanji. Ia bergantung kepada staf klinik tersebut serta keadaan kesihatan anda pada hari kejadian. Kami tidak mampu memberikan apa-apa jaminan.
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini