
Sulit
3 tahun
Rawatan Kesuburan IUI
Saya wanita berumur 29 tahun, baru lepas buat rawatan IUI, jadi boleh ambil vaksin ke? Ada kesan apa-apa ke jika ambil vaksin dan hamil?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami amat memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu.
Mengikut kajian tiada kontraindikasi antara rawatan IUI dan vaksin Covid-19.
Untuk pengetahuan anda , anda selamat untuk mengambil vaksin Covid-19 dan ini hanya akan memberikan perlindungan kepada anda dan kehamilan anda terhadap Covid-19
Anda juga boleh bercakap dengan pakar kami atas talian untuk maklumat lanjut.
Terima kasih dan kami harap jawapan ini membantu.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini