
Sulit
4 tahun
Rawatan Sindrom Bells palsy
Saya kena bells palsy baru 6 hari, dan telah mula makan steroid yg diberikan doctor utk 10 hari dan akan berjumpa doctor pakar e&t sselepas habis ubat. Boleh ke saya mulakan rawatan urutan/acupuncur sebelum sy mendapatkan nasihat doctor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Saya memahami anda ingin mendapatkan rawatan komplimentari untuk merawat Bell’s palsy. Sebaiknya, anda berbincang dengan doktor anda dahulu untuk memberi pendapatnya kerana maklumat yang anda berikan sekarang tidak mencukupi. Doktor anda mengetahui punca dan rawatan yang sedang diberikan kepada anda. Sebagai makluman, Bell’s palsy boleh berlaku kerana beberapa punca seperti:
- Herpes simplex
- Herpes zoster
- Infectious mononucleosis
- Jangkitan cytomegalovirus
- Jangkitan respiratori
- Rubella
- Mumps
- HFMD
Mereka yang lebih berisiko untuk mendapatkan jangkitan bell’s palsy ialah:
- Wanita mengandung
- Mempunyai jangkitan saluran pernafasan
- Pesakit kencing manis
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.