
shazlynn12
5 tahun
Rekak rasa tidak selesa
Hi doc. Sya sharifahn. Been few days saya rasa tekak mcm ada makanan sangkut, which xde pon, and also mcm buat rasa tak selesa. But takde pulak rasa sakit or sukar bernafas. Cuma rasa tak selesa je. Any opinion and advise on this issue?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Tonsilitis
Masalah saraf
Masalah otot
Benda asing di tekak
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Kemudian barulah rawatan boleh diberikan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.