
jamaludinaddena
5 tahun
Renjatan elektrik pada rusuk kiri (bawah payudara kiri)
Selamat Sejahtera.
Saya wanita sudah berumah tangga berumur 43 tahun. Mempunyai 4 orang anak.
Saya adalah pesakit slipped disc. Saya mendapat penyakit ini dari tahun 2008. Menjalani operasi Karpel Tunnel Syndrome pada tangan kiri pada 2008. Dan menjalani MRI pada 2010.
Sudah setahun saya tak mendapat renjatan elektrik di bawah payudara kiri.
Tetapi malam tadi saya kena lagi. Dan petang ini saya kena lagi.
Bagaimana cara nak mengatasi dan adakah perkara ini merbahaya?
Sejak 2014 saya tidak lagi mengambil sebarang ubatan untuk slipped disc.
Terima kasih atas jawapan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah slipped disc ini sekiranya tidak dirawati, ianya tidak akan sembuh dengan sebegini. Di sini, saya akan menjelaskan kondisi slipped disc ini kepada anda. Penyakit “slipped disc” ini merupakan satu penyakit yang terjadi pada tulang belakang anda di mana “nucleus pulposes”, iaitu komponen tulang belakang yang mengalami pengalihan dan ianya boleh menjadikan anggota badan menjadi kebas ataupun perasaan renjatan elektrik kerana penekanan di saraf.
Penyakit ini bukan sebarang penyakit yang boleh dirawat dengan ubatan. Ianya memerlukan modifikasi hidupan anda seperti tidak mengangkat barang yang berat, sentiasa mengekalkan postur jalan atau duduk dengan betul atau bersukan untuk menguatkan otot belakang anda. Anda juga disarankan untuk menjumpai ahli fisioterapi supaya mereka boleh melaksanakan terapi fizikal yang boleh membantu untuk meringankan gejala yang dialami.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.