Sulit
2 tahun
Resdung sehingga berjerawat
Saya ada resdung sejak darjah 3 . Pkp 1.0 dulu jerawat naik teruk. Sekarang dh ok sikit. Cuma nk tahu apa yg perlu sya buat ?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Jaga kesihatan anda dengan pemakanan yang betul !
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah yang agak kronik, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Umumnya gejala resdung tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai masalah seperti:
- alergi makanan
- jangkitan kuman
- reaksi imun yang bertindiih
- keracunan makanan
Atau gangguan penyakit seperti
- Alahan rhinits
- Alahan kepada persekitaran
- Keradangan sinus
- Masalah struktur hidung
- atau gangguan yang lain
Buat sementara waktu, anda perlu
- teruskan rawatan yang telah diberikan (sekiranya ada)
- menjauhi makanan atau perkara yang anda curgi dapat memicu gejala resdung
- amalkan kehidupan sihat, seperti bersenam untuk meningkatkan kestabilan imuniti tubuh
- dapatkan konsultasi selanjutnya apabila pengubatan tidak menurunkan gejala
Inginkan penjelasan lanjut daripada pakar? Dietitian kami sedia membantu anda.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.