
Sulit
4 tahun
Right eye side droopy eyelid
Eyelid right eye sy drooping dah few months. Dan semakin droooping. Tapi tidak rasa sakit. Sy risau tertutup dan apakah masalah marmta macam ni ya? Thank you.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu “droopy eyelid” atau istilah perubatan merupakan ptosis. Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- masalah saraf mata
- sumbatan saluran darah mata
- akibat stroke dsb
Anda perlu merujuk ke doktor berkenaan masalah ini memandangkan ia boleh jadi timbul akibat penyakit dalaman seperti yang dinyatakan di atas.
Hubungi pakar mata untuk menyelesaikan mata anda.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih