
Sulit
3 tahun
Risau jahitan terbuka disaat dduk mencangkung
Salam dr…sy sekrang sudah 53 hari dan baru lpas brslin normal…sya dijahit akibat digunting…sy nak tny brapa buln yg ssuai untuk duduk mencangkung??? saya rsau jhitan dlm akn trbuka…kadang2 sya sembelit dan agak tidak mnyelesakan bila membuang secara tdak dduk mencangkung…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, biasanya dalam 3 hari sampai 10 hari selepas bersalin biasa, anda sudah boleh bercuba untuk duduk mencangkung. Selain itu, jahitan akibat gunting semasa bersalin jarang terbuka dan doktor atau jururawat akan periksa dan memastikan jahitan serta luka anda dalam kondisi yang baik sebelum anda dihatar balik rumah.
Anda juga digalakkan untuk melatihkan senaman Kegel selepas bersalin supaya otot-otot pelvis anda lebih kuat dan sihat.
Jika anda ada soalan lain dan ingin mengetahui maklumat lebih lanjut, anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Ibu dan Anak