
Sulit
4 tahun
Risau Mengandung atau tidak
Sy wanita 35 tahun…sy tidak mempunyai masalah dlm kitaran haid…kitaran haid sy adalah normal…sy nk bertanya sy telah bersama dgn suami semalam dan dlm kiraan kitaran haid adalah 4 hari sblm kedatangan haid sy jd sy nk kan penjelasan samada perkara tersebut membolehkan sy mengandung atau tidak…anak sy masih kecil…terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan maklumat yang diberikan, sekiranya anda bersama dengan pasangan dengan penetrasi kemungkinan untuk anda hamil adalah tinggi dan bergantung kepada kesuburan anda. Bagi mendapatkan kepastian mengenai status kehamilan, anda boleh lakukan ujian kehamilan UPT selepas 2 minggu daripada tarikh anda bersama dengan pasangan.
Terdapat beberapa tanda kehamilan iaitu:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar\
Untuk mengesahkan kehamilan, anda perlu berjumpa doktor bagi tujuan pemeriksaan dan menjalani beberapa prosedur lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.