
Sulit
3 tahun
Risau period hanya pada hari pertama
saya wanita 20an haritu saya punya darah period keluar sedikit dan berlaku pada hari pertama sahaja. darah saya bewarna merah pink adakah saya pregnant? saya juga telah melakukan pregnancy test dan ujian adalah negative

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Selain kehamilan, masalah anda juga boleh disebabkan oleh :
- Stress
- Masalah berat badan
- Masalah tiroid
- Penggunaan ubat perancang
- Sista ovari
- PCOS
- Firboid
Ada kemungkinan juga pendarahan yang anda alami merupakan pendarahan implantasi, namun kami tidak dapat memberikan anda kepastian tanpa maklumat tambahan. Kami menasihatkan anda untuk mengambil ujian UPT sekali lagi selepas seminggu. Sekiranya masalah haid anda masih berterusan, sebaiknya anda merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca masalah anda. Anda boleh menggunakan khidmat konsultasi online kami untuk bercakap dengan doktor.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan