
Sulit
5 tahun
Risau sakit jantung atau masalah kesihatan lain
Hai Dr,
Saya berumur 25 tahun dan seorang lelaki.
Degupan jantung saya agak kuat sampai boleh rasa dan dengar masa saya baring. Dada saya juga rasa macam dihimpit. Kaki kiri saya rasa kebas. Tekanan darah saya berada pada tahap normal dan kdg2 rendah semasa lakukan pemeriksaan. Degupan jantung saya purata 75-90 semasa saya rehat tidak buat apa2.
Apakah masalah kesihatan yang saya alami?
Dan boleh ke saya melakukan pemeriksaan kesihatan di hospital semasa tempoh PKP ni?
Terima kasih

3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Masalah ritma jantung
- Masalah hormon tiroid
- Masalah anxiety
- Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
- Aortic regurgitation
Hospital masih dibuka seperti biasa untuk pemeriksaan lebih lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Anda juga boleh dapatkan nasihat kesihatan jantung pada pautan di bawah. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!