Sulit
2 tahun
Risiko Jangkitan COVID19 kali kedua
Ibu saya pernah positif COVID19 pada bulan Jun 2021. Hari ini ibu saya buat self - test guna nasal swab test kit dan result positif (2 line). Adakah result postif ibu adalah kesan daripada kes positif sebelum ini atau ibu saya sekali lagi dijangkiti COVID19?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah ibu anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, pemantauan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan mendapati pesakit COVID-19 yang sudah sembuh masih kekal menunjukkan keputusan positif dalam jangka masa yang panjang meskipun apabila mereka disahkan sembuh. Walaupun mereka dikesan positif, namun mereka tidak bergejala, tidak jatuh sakit atau menyebarkan penyakit ini kepada keluarga terdekat. Hal ini adalah kerana keputusan positif COVID-19 bagi pesakit yang sudah sembuh adalah berpunca daripada virus atau fragmen virus (deoxyribonucleic acid atau DNA) yang sudah mati.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk ibu anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini