
Sulit
3 tahun
Risiko jangkitan terhadap keluarga
Suami saya positif covid.sebelum disahkan positif suami ada berkunjung kerumah.soalan saya adakah kami berisiko di jangkiti covid?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Untuk makluman anda, virus Covid-19 boleh disebarkan 2-3 hari sebelum seseorang individu mula bergejala. Oleh itu, jika suami anda mengunjungi anda dalam 3 hari sebelum bergejala ataupun disahkan positif, anda mempunyai risiko untuk jangkitan Covid-19. Kami menyarankan anda untuk menghubungi CAC berdekatan dengan anda untuk mendapatkan nasihat lanjut mengenai perkara ini. Anda juga boleh menggunakan khidmat konsultasi atas talian kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini