Anonymous
3 tahun
Risiko kencing manis semasa mengandung
Salam sebelum mengandung sya ada penyakit kencing manis
tahap 2…
adakah sya berisiko keguguran … Ada kah bensr sekiranya sya ber salin bby lahir cacat… Terima kasih dr sudi jwb soalan sya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kadar glucose normal : sebelum makan: <5.6 mmol, 2 jam selepas makan <7.8 mmol
Kadar glucose normal (Sekiranya mempunyai kencing manis sewaktu mengandung ) : sebelum makan: >5.6 mmol, atau 2 jam selepas makan >7.8 mmol
Sekiranya paras gula dikawal dengan baik sepnajang kehamilan , komplikasi kepada anak boleh dicegah dan dikawali. Walaubagaimana pun sekiranya paras gula di dalam darah berlebihan, ini akan berpindah ke bayi menerusi plasenta dan menyebabkan bayi anda juga mengalami paras glukosa darah yang tinggi. Oleh kerana itu, pankreas bayi anda turut bertindak menghasilkan insulin tambahan untuk merendahkan paras glukosa darah yang tinggi
Bayi akan mendapat tenaga yang berlebihan dari yang diperlukannya, dan tenaga lebihan ini akan tersimpan sebagai lemak badan yang akan menyebabkan makrosomia (didefinisikan sebagai bayi yang lahir dengan berat 4.0kg atau lebih).
Jika bayi anda mengalami makrosomia, dia berkemungkinan akan menghadapi masalah kesihatan yang serius seperti kecederaan di bahu semasa kelahiran dan meningkat kan risiko untuk menjalani pembedahan Caesarean.
Bayi anda juga mungkin mempunyai paras glukosa darah yang sangat rendah (hipoglisemia) selepas dilahirkan disebabkan pengeluaran insulin berlebihan daripada pankreas bayi anda.
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.

































