Sulit
2 tahun
Risiko mendapat pembekuan darah selepas vaksinasi
Doktor , saya ingin bertanya selepas lengkap vaksinasi adakah berpotensi untuk mendapat pembekuan darah di paru - paru dan di kepala? Saya pernah membaca artikel yang menyatakan sesetengah daripada mereka yang mendapat vaksin dos 1 atau dos 2 / lengkap vaksinasi berkemungkinan mendapat pembekuan darah di paru - paru dan di kepala . Adakah ini benar doktor?
Saya mengalami sakit kepala selepas lengkap dos kedua , pada permulaannya sakit kepala itu cuma sakit yang biasa namun lama kelamaan rasa sakit itu semakin bertambah di bahagian sebelah kiri terutamanya . Adakah ini migrain atau ada kaitan dengan pembekuan darah atau penyakit kronik yang lain? Boleh doktor terangkan tentang jenis - jenis sakit kepala juga?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai pembekuan darah di paru-paru dan di kepala lepas vaksinasi, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, pembekuan darah di paru-paru boleh disebabkan oleh beberapa pekara seperti berikut :
Salur Darah Paru-paru Tersumbat
Hipertensi Pulmonari
Deep Vein Thrombosis (DVT)
Gejala sakit kepala adalah antara kesan sampingan kepada vaksin COVID-19. Terdapat juga kesan sampingan lain seperti:
- Demam
- Pening kepala
- Keletihan
- Sakit pada bahagian disuntik
Kesan sampingan ini hanyalah sementara dan akan hilang dalam beberapa hari.
Gejala sakit kepala juga boleh disebabkan perkara lain seperti migrain ataupun perkara yang lebih serius seperti:
- Masalah tiroid
- Strok
- Ketumbuhan
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar paru-paru kami secara atas talian.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih mengalami masalah batuk/sakit dada/batuk berdarah? Pakar paru-paru sedia membantu!