
natasyalia204
3 tahun
Risiko sekiranya hamil
saya wanita umur 21 sye berkahwin pada tahun lepas .saya telah accident pada umur 18 menyebabkan pinggul sye hancur sedikit dan saya terpaksa memasang besi .soalan saya adakah saya boleh hamil atau tidak.dan apakah risiko yg sye dpt sekiranya saya hamil

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda ingin mengetahui sekiranya anda boleh hamil dan risiko ketika hamil kerana pernah kemalangan yang memberi kesan kepada tubuh anda. saya akan cuba memberikan maklumat dengan baik.
Kenyataan yang anda berikan adalah terlalu umum, oleh itu saya tidak dapat memberi sebarang maklumat yang spesifik. Untuk makluman anda, antara punca ketidaksuburan bagi wanita:
- kekurangan ovum atau ovulasi yang tidak teratur
- masalah organ-organ pembiakan
- masalah kekurangan hormon
- parut atau sumbatan tiub fallopian
- kesan jangkitan jangkitan kelamin (STI)
- akibat endometriosis
- masalah luar sistem pembiakan seperti kelenjar tiroid, kelenjar pituitari
- Trauma pada bahagian rahim
Saya harap jawapan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan perbincangan yang lebih lanjut mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.