alwalin84
4 tahun
Risiko spotting dan kantung 7w
saya telah disahkan mengandung.baru-baru ini saya mengalami bleeding yang tidak terlalu banyak.spotting.dalam 2 minggu juga.on & off.saya juga telah menjalani scan di bahagian perut.hanya terlihat kantung dan yolk sac.adakah normal heart beat tidak kelihatan dalam 7w?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala tompokan yang anda alami boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Masalah pembekuan darah
- Keguguran
Degupan jantung janin mengambil masa untuk berkembang dan pada kebiasaannya pada usia minggu ke-10 akan kelihatan dengan jelas. Sekiranya anda tidak mengambil asid folik sebelum ini, anda dinasihatkan untuk mengambilnya. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.