
Sulit
4 tahun
Risiko suami mengambil dadah dan kesan pada janin
Meminta doktor memberi penerangan pada masalah suami mengambil dadah dan risiko pada janin diawal usia

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, individu yang mengambil dadah akan mengalami kesan buruk kepada kesihatan. Bagaimanapun, suami yang mengambil dadah berisiko rendah untuk mempengaruhi kesihatan isteri yang sedang mengandung mahupun bayi dalam kandungan.
Anda disarankan untuk:
- Mendaftar kehamilan dengan segera ke premis kesihatan terdekat contohnya klinik kesihatan
- Menjalani tatacara hidup sihat
- Menghadiri klinik antenatal (kehamilan) secara berkala seperti yang yang telah ditetapkan oleh klinik dan hospital
- Mematuhi janji temu pakar seperti yang telah diatur dan dijadualkan
- Ibu hamil hendaklah mematuhi segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh pakar dan anggota kesihatan berkenaan
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih