
Sulit
4 tahun
Ruam merah seluruh badan
Hai doktor, saya dapat 2 org anak saya yg berumur 10 tahun dan 6 tahun mempunyai ruam merah seluruh badan termasuk tapak tangan dan kaki. Anak umur 10 tahun ada gejala demam sblm muncul ruam seluruh badannya. Ruam tersebut tidak gatal dan tiada tanda lain yg jelas. Anak yg berumur 6 tahun baru hari ni muncul ruam tanpa ada gejala yg lain. Cuma lidah ya ada curi2 strawberry tongue. Blh doc jelas kan kenapa ya. Tq doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Kawasaki
Demam Scarlet
Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, campak, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis dan penyakit cacar air.
Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
Penyakit sopak garam iaitu urticaria
Penyakit vasculitis
Penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD)
Kanser seperti limfoma dan Kaposi sarcoma
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.