
Sulit
3 tahun
Ruam,sakit kepala dan sendi dan tubub lemah
Selamat sejahtera Dr,
Sy telah ambil vaccine 2nd doses Sinovac pada 3/8 selepas 4 jam sy berasa sakit kepala tetapi pada sy normal kerana tindak balas imunisasi badan manusia,sy ambil paracetamol dan recover dlm masa 6-8jam.
Pada 11/8 sy mula rasa sakit kepala,sakit sendi dan ruam badan serta gatal²,kebetulan sy di pusat kuarantin ketika itu sebelum on duty luar pantai.Sy telah memaklumkan pada Dr yg berada di PUS tersebut atas ruam dan gatal²,Saya telah memaklumkan berkenaan 2nd dose vaksin pada 3/8 lebih 7-8 hari selepas vaksin.
Dr tersebut bagitahu itu bukan effect vaksin,mungkin alegic makaanan atau lain²…saya telah memaklumkan saya tidak pernah alami alergic makanan atau ubat sebelum ini?Saya telah kaji selidik kenyataan² di laman² web atas komen dan,dari jawapan² yg saya lihat saya tanya sekali lagi pada Dr di PUS itu,Dia tetap mengatakan Apa jenis Vaksin Cov-19 akan memberi kesan 72 jam seleaps di suntik.Apakah selepas 72 jam tindak balas vaksin pada seseorang tidak akan terjadi?Dan apakah imunisasi tubuh setiap orang sama atau berbeza?Mohon di atas persoalan ini.sekian

3 tahun
Salam sejahtera dan tahniah untuk vaksinasi anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang sakit kepala yang anda alami selepas menerima vaksin.
Untuk pengetahuan anda, gejala sakit kepala adalah antara kesan sampingan kepada vaksin COVID-19. Terdapat juga kesan sampingan lain seperti:
- Demam
- Pening kepala
- Keletihan
- Sakit pada bahagian disuntik
Kesan sampingan ini hanyalah sementara dan akan hilang dalam beberapa hari.
Namun gejala sakit kepala juga boleh disebabkan perkara lain seperti migrain ataupun perkara yang lebih serius seperti:
- Masalah tiroid
- Strok
- Ketumbuhan
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini