
Sulit
3 tahun
Ruam selepas suntikan vaksin pfizer dose ketiga
Hai doktor, saya wanita 20an mengalami ruam sekitar leher , bawah ketiak dan bahagian belakang selepas 1 hari menerima vaksin booster pzifer. sebelum ini saya menerima vaksin sinovac untuk dose 1 & dose 2. saya sudah mengambil ubat panadol dan sapu ubat gatal di sekitar ruam tetapi masih gatal. apakah yang harus saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, kesan sampingan vaksin COVID-19 yang boleh berlaku adalah seperti yang disenaraikan di bawah:
Biasa berlaku:
- Merah, bengkak/lebam, gatal atau sakit pada kawasan suntikan
- Keletihan
- Sakit kepala
- Sakit otot
- Loya
- Demam
- Sakit otot
Jarang berlaku:
- Bengkak kelenjar
- Sakit anggota badan
- Pitam
- Kurang selera makan
- Sakit perut
Memandangkan anda mengalami ruam selepas menerima vaksin tersebut, kami sarankan anda untuk membawa ayah anda ke hospital berdekatan dengan segera bagi tujuan pemeriksaan . Anda juga dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian bagi mendapatkan keterangan lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini