
najanajwa
5 tahun
Ruam viral fever pada bayi
Bayi saya (8bulan) baru lepas demam bermula 3 hari lepas. Semalam suhu badan bayi saya sudah kembali normal. Tiba-tiba pagi tadi naik ruam2 merah bermula di leher dan terus merebak ke muka. Saya telah bawa ke klinik swasta berdekatan dan doktor telah mengatakan anak saya dijangkiti viral fever dan ruam tersebut dari viral fever. Memandangkan demam anak sudah tiada, jika saya hantar anak ke taska adakah ruam itu boleh berjangkit? Apakah tanda campak? Terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, walaupun demam sudah tiada, ruam tersebut mungkin masih boleh berjangkit. Oleh itu, sebaiknya anda merehatkan anak dalam isolasi daripada kanak-kanak lain sampai ruam benar-benar hilang.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.