
Sulit
4 tahun
Sabun basuh baju menyebabkan alahan pada puting?
Puting rasa sakit ketika bergesel dengan baju dalam… 2 minggu sebelum, sy menukar sabun basuh baju jenama lain setelah memakai sabun tersebut bertahun. Sejak itu, puting payudara saya rasa sakit jika tergesel… Saya dah cek, tiada sebarang benjolan pada payudara… adakah penukaran penggunaan sabun basuh baju menyebabkan puting rasa sakit ketika bergesel? adakah itu salah satu tanda alahan kepada sabun basuh tersebut?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit akibat kulit tercedera
- Payudara juga menjadi lebih sensitif dan sakit apabila hampir datang haid atau pada peringkat awal kehamilan
- Mastalgia ( noncyclical )
- Mastitis iaitu keradangan payudara
- Iritasi produk kebersihan
- Alahan terhadap bahan (material) kain pakaian dalam
- Pemakaian pakaian dalam yang terlalu ketat atau tidak sesuai ukuran
- Crack nipple
- Gangguan kulit yang lain
Walaupun gejala yang dialami mungkin tidak mengganggu anda buat masa ini, anda tetap memerlukan pemeriksaan lebih teliti dan menyeluruh oleh doktor berkenaan keadaan puting tersebut.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.