
Anonymous
5 tahun
Sakiit perut di bahagian bawah perut
saya wanita berusia 25 tahun. saya mengalami masalah period setahun sekali dan sering sakit di bawah perut pusat ( kadang berdenyut2 sebelah kiri, kanan- tak menentu) … dan sekarang sy sedang sakit kencing dan berasa denyut2 di bahgian perut sebelah kiri bawah…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan anda, anda menghadapi masalah tidak datang haid atau dipanggil amenorrhea. Masalah ini boleh terjadi sejak akil baligh dimana wanita itu tidak pernah datang haid. Atau seperti anda, tidak datang haid selepas satu tempoh haid yang normal.
Terdapat pelbagai punca masalah ini.
Keadaan biasa yang menyebabkan tidak datang haid. Anataranya
- Kehamilan
- Menyusukan anak
- Menopos
Masalah kesihatan
- Pengambilan ubat tertentu seperti ubat bagi masalah depresi dan halusinasi
- Kekurangan berat badan
- Terlalu aktif dalam aktiviti fizikal
- Masalah pada organ peranakan (Rahim/ Ovari)
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah hormon tiroid atau pituitari
Masalah sakit ketika kencing pula mungkin boleh disebabkan oleh :
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Batu karang pada saluran kencing
Saya sarankan untuk anda membawa masalah ini ke doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.